Thursday, May 28, 2009

SELAMAT MENYAMBUT PESTA MENUAI ..ARAMAIITII

11.24 am

kepada suku kaum Kadazandusun selamat menyambut Pesta Menuai!! wargg aramaiitii lah korang..kepada org muslim plak..hehehe faham2 jer arr x kan nak ikut aramaiiti gak, hehehe..ingat tu!?

cuti..3 hari cuti umum, best ni. lama x cuti pjg..bila cuti gaji pun kena potong, maklumlah aku ni gaji hari :( , bertuah korang yang dah tetap... cuti-cuti ni aku tak tahu nak gi mana? nak duk umah..hahaha kaki aku ni takleh duk umah lama sgt..mesti gataii nak keluar gak,, tapi nasib bek darling aku faham sgt ngan perangai aku, dia jak selalu bawa aku kuar, 3 hari cuti ni, darling aku nak ajak aku balik kg dia..nak ikutttt... tapi segan gak hahahaha (aku wanita pemalu) berfikir gak aku..malu bangat ni..dudududu




2.00 pm

Tadi aku ngn my friend pi tgk ceritanya 'JANGAN TEGUR' kat opis..sshh jan bg tahu bos hehehe. penakut plak aku ni, habis kertas A4 keroyok oleh aku bab asyik nk tutup mata jak. durang budak praktikal join kami pi tgk gak, tapi sekurang2nya ada gak teman aku n diana tonton wayang tak bertiket ni. syok punya syok tgk cerita tu, jam 1 dah tiba. laaahhh aku kena bertugas kat kaunter ni, potong betul lah! tapi aku minta excuse jap hehehhe nak tgk sambung tgk, bila tgk cerita sampai habis.. ending dia..gantung betul! aku pun x fhm ceritanya..aduiii.. ni yg aku mls tgk wayang malaysia kat panggung wayang ni, bukan x best..tapi kkdg ceritanya tak paham! dan x menarik.


warggg jabatan kami, hari ni half day ni ari sempena cuti keamaatan, kul 3pm boleh balik...tapi aku kaunter..lanjut sampai kul 5 pm jak..bidah betul!!!

♥ISI HATI WANITA♥

Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik berikan dia
kesempatan untuk menenangkan hatinya sebelum kamu mengucapkan maaf. Wanita sulit mencari benda dibenci terhadap orag yg paling dia sayangi (makanya banyak wanita yang patah hati bila hubungan itu putus ditengah jalan).

Bila lelaki yang dicintainya menatap tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!! Wanita selalu menyukai pujian tetapi selalu tidak selalu mengetahui bagaimana menerima pujian

Jangan beritahu pada wanita secara langsung kalau kau tak menyukainya lagi.

Saat pertama kali pria yang dicintainya diam-diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon,maka wanita akan bersikap cuek seperti biasa aja, tetapi setelah gagang telepon diletakkan, dia akan menjerit heboh lalu tidak sampai sepuluh minit, semua teman-temannya akan mengetahuinya.

Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan.

Bekas pacarnya akan sentiasa ada dalam fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa yaitu di hatinya!!

Setelah foto berdua, maka yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

Wanita paling benci lelaki yang pura-pura baik dengannya hanya gara-gara ingin mendekati temannya yang paling cantik.

Cinta artinya kesetiaan, kejujuran dan kebahagiaan tanpa ada kompromi

Semua wanita menginginkan sorang lelaki yang mencintainya sepenuh hati….

Wanita menyukai sesekali orang yang disayanginya memberikan kejutan untuknya (hadiah, bunga atau sekadar kertas ucapan cinta). Mereka akan merasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai sepenuh hati. Dengan demikian dia tak akan meragukanmu.

Sebenarnya sangat mudah mengambil hati wanita karena apa yang dia inginkan hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh ha…ti!!!



365 SOALAN LAZIM KETIKA TEMU DUGA


ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH DALAM

KOLUM BAHASA MALAYSIA, HARIAN EXPRESS


365 SOALAN LAZIM KETIKA TEMUDUGA, AMIN HAZYA, PTS

PERINTIS BOOK, 208 MUKA SURAT.

ULASAN : NORISAH BINTI MOHD TALIP


SETIAP orang pasti akan merasai pengalaman yang mendebarkan ketika menghadiri temu duga. Temu duga merupakan penentu masa depan anda untuk mendapatkan sesuatu perkerjaan yang dipohon. Sama ada berjaya atau tidak bergantung kepada prestasi yang anda tunjukkan semasa temu duga.

Apakah yang anda faham tentang temu duga? Apakah tujuan temu duga diadakan? Temu duga diadakan untuk memberikan peluang kepada majikan untuk lebih mengenali diri anda, mengenali personaliti anda dan menentukan sama ada anda sesuai atau tidak menjawat jawatan yang ditawarkan .

Dengan adanya temu duga, cara penyampaian, komunikasi dan isipadu jawapan anda akan dinilai sepenuhnya. Tapi sebelum anda ditemu duga pasti anda akan tertanya – tanya apa soalan yang akan disoal oleh majikan tersebut. Bagaimana keupayaan anda akan menjawab dan menyampaikan jawapan anda?

Buku 365 soalan lazim ketika temu duga menyediakan soalan-soalan yang lazim ditanya dalam temu duga berserta jawapan. Kebanyakan jawapan yang diberi adalah mengikut pengalaman yang diceritakan semula untuk menepati kehendak soalan . Buku ini akan membantu anda untuk bersedia menghadapi soalan yang bakal ditanya.

Lazimnya, di negara ini kebanyakan temu duga dikendalikan dalam bahasa Melayu sekiranya anda memohon untuk mendapatkan pekerjaan dalam agensi kerajaan. Sebaliknya sekiranya anda memohon jawatan dalam sektor swasta bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Oleh itu buku ini menyediakan semua soalan dan jawapan dalam dua bahasa (Dwibahasa) iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Isi kandungan buku ini, mengandungi 8 bab yang dibahagikan kepada beberapa soalan mengikut katergori tertentu iaitu:-

  • Bab 1 – Soalan berkenaan diri anda
  • Bab 2 – Soalan berkenaan pekerjaan dahulu / Sekarang
  • Bab 3 – Soalan berkenaan pekerjaan baru / Bakal majikan
  • Bab 4 – Soalan berkenaan akademik / Kelayakan
  • Bab5 – Soalan berkenaan peribadi dan kemahiran
  • Bab 6 – Soalan berkenaan gaji dan faedah
  • Bab 7 – Soalan berkenaan pelbagai situasi dan pengalaman yang berlainan
  • Bab 8 – Soalan berkenaan pelbagai bidang berlainan

Kupasan daripada bab 8 ini terbahagi kepada beberapa bidang yang berlainan iaitu :-

  • Perakaunan
  • Pengurusan Sumber Manusia
  • Keselamatan
  • Pengkeranian / Fail / Pentadbiran / Setiausaha
  • Khidmat Pelanggan
  • Operasi / Pengurusan Projek
  • Pembelian / Pesanan/kontrak
  • Kejuruteraan / Informasi / Teknikal

Dalam bab 7 pula , informasi yang diberikan menjurus kepada mengumpul beberapa soalan situasi-situasi dan pengalaman yang diceritakan semula. Sekiranya soalan-soalan berbentuk sedemikian ditemuduga anda boleh kaitkan jawapan anda dengan pengalaman anda sendiri dan mengolakan jawapan anda dengan lebih jelas, relevan dan menarik agar penemuduga tertarik dengan jawapan yang anda berikan.

Buku ini dapat menjadi panduan yang berguna kepada individu yang masih mencari arah tuju dan bidang kerjaya yang sesuai dengan kebolehan,personaliti dan motivasi masing - masing serta membantu bersedia menghadapi sebarang temu duga.


* layari lah www.ssl.sabah.gov.my