ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN NEGERI
SETIAP orang pasti akan merasai pengalaman yang mendebarkan ketika menghadiri temu duga. Temu duga merupakan penentu masa depan anda untuk mendapatkan sesuatu perkerjaan yang dipohon. Sama ada berjaya atau tidak bergantung kepada prestasi yang anda tunjukkan semasa temu duga.
Apakah yang anda faham tentang temu duga? Apakah tujuan temu duga diadakan? Temu duga diadakan untuk memberikan peluang kepada majikan untuk lebih mengenali diri anda, mengenali personaliti anda dan menentukan sama ada anda sesuai atau tidak menjawat jawatan yang ditawarkan .
Dengan adanya temu duga, cara penyampaian, komunikasi dan isipadu jawapan anda akan dinilai sepenuhnya. Tapi sebelum anda ditemu duga pasti anda akan tertanya – tanya apa soalan yang akan disoal oleh majikan tersebut. Bagaimana keupayaan anda akan menjawab dan menyampaikan jawapan anda?
Buku 365 soalan lazim ketika temu duga menyediakan soalan-soalan yang lazim ditanya dalam temu duga berserta jawapan. Kebanyakan jawapan yang diberi adalah mengikut pengalaman yang diceritakan semula untuk menepati kehendak soalan . Buku ini akan membantu anda untuk bersedia menghadapi soalan yang bakal ditanya.
Lazimnya, di negara ini kebanyakan temu duga dikendalikan dalam bahasa Melayu sekiranya anda memohon untuk mendapatkan pekerjaan dalam agensi kerajaan. Sebaliknya sekiranya anda memohon jawatan dalam sektor swasta bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Oleh itu buku ini menyediakan semua soalan dan jawapan dalam dua bahasa (Dwibahasa) iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Isi kandungan buku ini, mengandungi 8 bab yang dibahagikan kepada beberapa soalan mengikut katergori tertentu iaitu:-
- Bab 1 – Soalan berkenaan diri anda
- Bab 2 – Soalan berkenaan pekerjaan dahulu / Sekarang
- Bab 3 – Soalan berkenaan pekerjaan baru / Bakal majikan
- Bab 4 – Soalan berkenaan akademik / Kelayakan
- Bab5 – Soalan berkenaan peribadi dan kemahiran
- Bab 6 – Soalan berkenaan gaji dan faedah
- Bab 7 – Soalan berkenaan pelbagai situasi dan pengalaman yang berlainan
- Bab 8 – Soalan berkenaan pelbagai bidang berlainan
Kupasan daripada bab 8 ini terbahagi kepada beberapa bidang yang berlainan iaitu :-
- Perakaunan
- Pengurusan Sumber Manusia
- Keselamatan
- Pengkeranian / Fail / Pentadbiran / Setiausaha
- Khidmat Pelanggan
- Operasi / Pengurusan Projek
- Pembelian / Pesanan/kontrak
- Kejuruteraan / Informasi / Teknikal
Dalam bab 7 pula , informasi yang diberikan menjurus kepada mengumpul beberapa soalan situasi-situasi dan pengalaman yang diceritakan semula. Sekiranya soalan-soalan berbentuk sedemikian ditemuduga anda boleh kaitkan jawapan anda dengan pengalaman anda sendiri dan mengolakan jawapan anda dengan lebih jelas, relevan dan menarik agar penemuduga tertarik dengan jawapan yang anda berikan.
Buku ini dapat menjadi panduan yang berguna kepada individu yang masih mencari arah tuju dan bidang kerjaya yang sesuai dengan kebolehan,personaliti dan motivasi masing - masing serta membantu bersedia menghadapi sebarang temu duga.
* layari lah www.ssl.sabah.gov.my
No comments:
Post a Comment