Friday, November 13, 2009

puppet show by Mr. Juha Laukkanen

selasa tu tertibe, aku kena panggil meeting kecil..apahal plak ni?? upanya ada puppet show kat library ku..sabtu 7/11/2009 . alamak aku keja kaunter plak..mcm mana ni..sib bek arr program tu berlangsung pagi 10.15 pagi. tugasan aku adalah..buat aturcara n slide. hari jumaat aku settelkn semua tugasan ku, aku harap sabtu tu semua berjalan lancar. hari sabtunya aku dtg awl sikit, sbb aku nak atur2 sikit arr..sepatutnya aku cuma buat slide, n ada org len nak atur bawa lcd n screen n paling penting laptop..last2 aku juga yg buat..org yang sepatutnya ditanggungjwb plak lewat dtg, punya arr geram, last aku wat sendiri n minta bantuan ngan member. timbalan pengarah dah tgk aku semacam..alamak habis arr aku kena blame ni..bis 2 bukan salah juga kn..10.15 am budak2 dah masuk bilik serbaguna bermula program puppet show tu..lucu gak dengar cerita puppet dari mr juha tu.. aku ada letak gmbr2 time program tu utk tatapan ku sendiri. pasni nak wat laporan nak hntr kat bos n TP..huhu ;) apa2 pun semuanya berjalan lancar...tapi yg teruknya aku kena sambung keja masa tu dari kul 2 sampai kul 5 pm (keja kaunter) warggg aku nak bls ngan cuti ni nanti hahaha (^_^)




ada lagi gmbr len...nanti arr aku upload lagi huhu

Wednesday, November 11, 2009

pesta rumbia kuala penyu 2009

Pesta rumbia yg diadakan di kuala penyu pada 4-5 julai 2009, aku dgn jabatan ku turut menyertai pesta tersebut. inilah adalah gmbr2 aku n geng ssl yng bertungkus lumus menyediakan gerai sehingga 2.00 pagi..fuiyooo...dan aktiviti kami selama 2 hari


duii apa yg dah jadi ni sempat lagi men itu fun fare

geng2 ssl yg siap sedia berkeja


sblm pi keja..gmbr dulu..dekat tempurung resort, sinilh tempat kami stay masa tu

Mari2 main sahibba dan kita putar halim hehehe
nah..ramai peminat ni badut owhh

kusyuk aku kunun sama kak dot bagi
budak2 tu speeling bee

daftar dulu yer..adik2

pengarah PNS menyampaikan hadiah
kepada yg bertuah


SELAMAT BERJUMPA LAGI PADA TAHUN DEPAN..KAMI AKAN DTG LAGI~~~

Thursday, June 25, 2009

Video Sempena Perasmian Kempen Keluarga Bahagia



Majlis Kempen Keluarga Bahagia yang berlangsung 23 Mei 2009 merupakan anjuran dari Kementerian Pembangunan Hal Ehwal Pengguna. Jabatan ku juga terlibat giat juga dalam merealisasikan majlis tersebut. aku dan geng2 PNS menyediakan pelbagai aktiviti PNS, iaitu 'Fun games'. pelbagai games yang kami sediakan iaitu Putaran Ilmu, Spelling Bee, Sahibba, mewarna, Snake n ladder, Mari membaca (boleh dapat buku free!!), puppet, pendaftaran keahlian library secara percuma, persembahan badut, menari chicken dance!! dan sbgnya.

mmg best gila apabila melihat ramai pengunjung yang dtg ke tempat kami, kanak-kanak bersama keluarga begitu ceria apabila dapat bermain games bersama keluarga mereka. selain itu kami turut memberi goodies PNS untuk di jadika kenangan kepada setiap pengunjung kami.walaupn agak penat bertungkus lumus membuat persiapan sebelum aktiviti ini berlangsung, namun setelah melihat sokongan dari pihak pengunjung, perasaan penat hilang dan hanya disulami perasaan gembira, segala usaha kami berjaya!!

Wednesday, June 17, 2009

gambar petandingan bercerita














Permainan batu seremban




























Mari Membaca bersama Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna














Badut PNS














Snake & Ladder














Putaran Ilmu















Bola Minda













Mari Mengeja














Bola Minda













Sahibba













Suasana Di Perpustakaan Bandaraya Kota Kinabalu



Peserta Pertandingan Bercerita





















Kepada semua peserta Pertandingan bercerita sempena Kempen Keluarga Bahagia, Terima kasih atas penyertaan anda dan sokongan anda. kepada pemenang tahniah di ucapkan. tidak lupa juga kepada semua sekolah-sekolah yang terlibat

Penghargaan kepada :

Katergori A (Sekolah Rendah)

Avril Lim Shu Ting (SJK[C] ST.JAMES LIKAS) - Johan
Noorqhaleysha Aleya (SK LUYANG) - Naib Johan
JC. Jcy Jaimon (SK LUYANG) - Tempat ke-3
Mohammad Ozaniezie bin Onasis (SK TANJUNG ARU) - Saguhati


Katergori B (Sekolah Menengah)

Mohd Redzuan Iman Talip (SM ALL SAINTS) - Johan
Khairani bte Ahu @ Roslan (SM SANZAC) - Naib Johan
Sahara bte Habil (SMK LIKAS) - Tempat ke-3
Nur Jannah Binti Mohd Firdaus (SEKOLAH TINGGI K KINABALU) - Saguhati

Katergori C (OKU)
Sekolah rendah

Eddy Tan Jian Rong (SK BUKIT PADANG) - Johan
Dominic Surin Yunggar (SK BUKIT PADANG) - Naib Johan
Oliver Fredrico Felix (SK KOLOMBONG) - Tempat ke-3
Emelda Florina Paitin (SK BUKIT PADANG) - Saguhati
Hamida Ali Sutra (SK KOLOMBONG) - Saguhati

Katergori C (OKU)
Sekolah Menengah

Harziah bt Khalid Yunus (SMK BADIN TUARAN) - Johan
Pricard Nelson Patrick (SMK BADIN TUARAN) - Nain Johan

Katergori B.Inggeris
Sekolah Menengah

Reagan Anthony Thinsiong (SEKOLAH TINGGI K.K) - Johan

Katergori B.Inggeris
Sekolah Rendah

Crystal Anthony Thinsiong (SJK [C] SHAN TAO) - Johan
Amir bin Anvar (SRK S.T AGNES) -Naib Johan
Mohd Irfan Elahee -Tempat ke-3
Mohd Irshad - Saguhati

Katergori F (terbuka)

Puan Kahilin Helena Tulas - Johan
En. Jobberito James Ambai - Naib Johan

Tuesday, June 16, 2009

RESIPI 30 MINIT CHEF KAMARUL




Pengarang: Chef Kamarul
Penerbit: PTS Telaga Biru Sdn Bhd

Pengulas :Norisah binti Mohd. Talip

RESIPI 30 MINIT CHEF KAMARUL

MANUSIA akhir - akhir ini memerlukan masakan yang cepat, ringkas tetapi berzat. Kini zaman serba moden dan masa sentiasa cepat berlalu membuatkan manusia sentiasa mengejar masa. Ungkapan “tidak cukup masa!” sering dijadikan alasan untuk tidak memasak. Bagi seorang yang berkerja pasti akan tertanya bagaimana untuk mendapatkan masakan yang enak dan cepat.

Buku berjudul Resipi 30 Minit Chef Kamarul menyediakan resipi-resepi masakan yang ringkas tetapi sedap, bermutu, pelbagai dan menarik. Semua resipi telah dimasak di dapur Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UITM oleh Chef Kamarul dan pembantu-pembantunya.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
Tip Menguruskan dapur
Rahsia Masak Ekspres
Keperluan Asas Dapur
Pesan Ibu Saya
Kesucian Makanan
Sukatan Metrik
Kenali Bahan Asas
Kenali Bahan Penambah Rasa

Kebanyakan Tukang masak atau chef kelihatan begitu cekap di
dapur, apa sahaja yang mereka masak nampak begitu cepat, mudah serta teratur. Namun di sebalik kecekapan mereka pasti ada rahsia di sebaliknya.

Dalam buku ini juga merungkai tentang rahsia masak ekspres antaranya
ialah :

Cuba rangka menu untuk seminggu bagi memudahkan kerja
Pilihlah menu yang bersesuaian
Cuba memasak serentak dengan dua hingga tiga dapur sekali gus
Pilih perkakas yang sesuai dan mencukupi
Pastikan anda membuat kerja yang dapat mengurangkan kerja-
kerja mengemas
Cuba masak secukupnya sahaja dan elakkan memasak berlebihan

Selain itu, terdapat juga ruangan ‘Pesan Ibu Saya’ yang mana di dalam Ruangan ini pengarang berkongsi beberapa petua yang beliau perolehi daripada pakar-pakar masakan, kawan-kawan, guru-guru serta ibunya sendiri. Antara Petua yang memasak yang terdapat didalam buku ini ialah:
Hilangkan lender ikan air tawar
Cara untuk mengurangkan lender pada ikan, siang ikan seperti biasa
kemudian ambil sedikit daun pisang dan masukkan kedalam bekas yang
berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air
hingga bersih. Lendir ikan itu akan terus hilang bersama air tadi.

Hindari Kumbang Beras
Untuk menghindari beras daripada kumbang beras, letakkan beberapa
tangkai cili kering di dalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut
hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Ini akan membuatkan kumbang
beras itu tidak selesa lalu keluar dari bekas beras tersebut.

Resipi - resipi yang terdapat didalam buku ini merangkumi semua
aspek menu seperti sarapan, snek, makan tengahari, minum petang, makan
malam, ‘ supper’, pemanis mulut dan minuman.

Contoh resipi yang terdapat di dalam buku ini:

i) Roti keju Berudang - 15 minit
ii) Makaroni Goreng Selera Timur - 30 minit
iii) Dendeng Daging Seberang - 30 minit
iv) Nasi Udang Galah Berempah - 30 minit
v) Lala masak masam manis - 10 minit
vi) Sup Sirip Yu dan Isi Ketam - 20 minit
Resepi yang terdapat didalam buku ini begitu ringkas tetapi sedap,
bermutu pelbagai serta menarik, selain itu turut dimuatkan juga adab-adab makan menurut islam dan doa-doa.

Monday, June 1, 2009

SIRI MULA BISNES PASAR MALAM


ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH DALAM

KOLUM BAHASA MALAYSIA, HARIAN EXPRES

SIRI MULA BISNES PASAR MALAM

Siri Mula Bisnes Pasar Malam, Johar Seman, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd , 130 Muka Surat

PENGULAS : NORISAH BINTI MOHD TALIP, PNS

BISNES Pasar malam merupakan perniagaan setempat, di mana dalam satu kawasan terdapat ramai peniaga-peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan. Pasar malam biasanya beroperasi daripada petang hingga ke malam.

Pasar malam juga dikenali sebagai pasar lambak, pekan sehari dan pekan hari bagi sesetengah tempat. Walaupun namanya berlainan namun konsepnya agak sama. Menjual pelbagai jenis barang dengan membuka payung, gerai, melonggok barangan dan sering berpindah dari satu tempat ke
satu tempat lain mengikut jadual yang ditetapkan

Perniagaan pasar malam sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja yang

berminat untuk berniaga. Modal permulaan tidak besar, tempat perniagaan

mudah perolehi malah peniaga tidak perlu risau berkenaan dengan

pelanggan. Cuma bagi peniaga baru, mereka perlu memikirkan apa yang

hendak dijual mengikut kehendak, modal, minat dan kemampuan masing-

masing.

Buku Siri Mula Bisnes pasar malam, memberi idea kepada mereka

yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan terutama perniagaan

pasar malam. Mereka boleh membuat penyelidikan dan memilih mana yang

sesuai dengan minat dan kemampuan sendiri bagi memulakan perniagaan

yang menguntungkan.

Buku ini menerangkan bagaimana cara memulakan bisnes dengan

cepat dan mudah, pengurusan untuk mendapatkan modal, mendaftarkan

perniagaan, lokasi, sumber bekalan, kemahiran, pemasaran, promosi serta

meletakan harga dan menyimpan rekod dan sebagainya.

Isi kandungan buku ini terbahagi kepada beberapa katergori iaitu :-

1. Pengenalan

2. Jenis Bisnes

3. Keperluan Asas

4. Modal, Pinjaman dan Kos

5. Pendaftaran

6. Lokasi

7. Sumber bekalan

8. Tenaga Kerja

9. Kemahiran

10. Sasaran Pelanggan

11. Harga Tawaran

12. Promosi dan Pemasaran

13. Organisasi berkaitan

14. Pengalaman Kisah Sebenar

Pelbagai bahan dapat dijual sama ada barangan yang sudah siap,

Barangan dapur, barang permainan, barang pertanian, hasil pertanian,

makanan siap, makanan mentah, buah-buahan, aksesori, pakaian, alat ganti

kenderaan, barangan terpakai dan sebagainya. Namun sebelum berniaga,

anda disyorkan menetapkan satu produk ataupun jenis barang yang hendak

dijual sebagai label atau trade mark. Biar orang mengenali anda dengan

produk itu. Ini memudahkan para pelanggan membeli apa yang dikehendaki

ditempat anda.

Sekiranya anda hendak menjalankan bisnes pasar malam, anda boleh

hubungi organisasi yang terlibat. Berikut adalah senarai organisasi yang

berkaitan dengan bisnes pasar malam:-

i) Pihak Berkuasa Tempatan

ii) Pejabat Pendaftran Perniagaan

iii) Jabatan Pengangkutan jalan dan Puspakom

iv) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

v) Amanah Iktiar Malaysia

vi) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga(TEKUN)

vii) Bank Rakyat

viii) Bank-Bank Perdagangan

ix) FAMA

x) Jabatan perkhidmatan Haiwan

xi) Jabatan Agama Negeri ataupun JAKIM

xii) Pusat Kesihatan

Buku ini turut memuatkan informasi berkenaan keperluaan asas yang merangkumi kepada asas ilmu perniagaan, lesen perniagaan, persatuan pasar malam, pengangkutan dan peralatan, produk, tapak perniagaan, modal,
minat, kreatif dan kreatis, sanggup bersaing, masa, penyelidikan pasaran
berwawasan serta modal.

Semua perkara ini adalah amat penting bagi memulakan setiap perniagaan. Segala persiapan dan keperluan asas bisnes pasar malam perlu dipenuhi dan semua akan berjalan lancar dengan penuh yakin, tabah dan bersungguh.



Thursday, May 28, 2009

SELAMAT MENYAMBUT PESTA MENUAI ..ARAMAIITII

11.24 am

kepada suku kaum Kadazandusun selamat menyambut Pesta Menuai!! wargg aramaiitii lah korang..kepada org muslim plak..hehehe faham2 jer arr x kan nak ikut aramaiiti gak, hehehe..ingat tu!?

cuti..3 hari cuti umum, best ni. lama x cuti pjg..bila cuti gaji pun kena potong, maklumlah aku ni gaji hari :( , bertuah korang yang dah tetap... cuti-cuti ni aku tak tahu nak gi mana? nak duk umah..hahaha kaki aku ni takleh duk umah lama sgt..mesti gataii nak keluar gak,, tapi nasib bek darling aku faham sgt ngan perangai aku, dia jak selalu bawa aku kuar, 3 hari cuti ni, darling aku nak ajak aku balik kg dia..nak ikutttt... tapi segan gak hahahaha (aku wanita pemalu) berfikir gak aku..malu bangat ni..dudududu




2.00 pm

Tadi aku ngn my friend pi tgk ceritanya 'JANGAN TEGUR' kat opis..sshh jan bg tahu bos hehehe. penakut plak aku ni, habis kertas A4 keroyok oleh aku bab asyik nk tutup mata jak. durang budak praktikal join kami pi tgk gak, tapi sekurang2nya ada gak teman aku n diana tonton wayang tak bertiket ni. syok punya syok tgk cerita tu, jam 1 dah tiba. laaahhh aku kena bertugas kat kaunter ni, potong betul lah! tapi aku minta excuse jap hehehhe nak tgk sambung tgk, bila tgk cerita sampai habis.. ending dia..gantung betul! aku pun x fhm ceritanya..aduiii.. ni yg aku mls tgk wayang malaysia kat panggung wayang ni, bukan x best..tapi kkdg ceritanya tak paham! dan x menarik.


warggg jabatan kami, hari ni half day ni ari sempena cuti keamaatan, kul 3pm boleh balik...tapi aku kaunter..lanjut sampai kul 5 pm jak..bidah betul!!!