Tuesday, June 16, 2009

RESIPI 30 MINIT CHEF KAMARUL




Pengarang: Chef Kamarul
Penerbit: PTS Telaga Biru Sdn Bhd

Pengulas :Norisah binti Mohd. Talip

RESIPI 30 MINIT CHEF KAMARUL

MANUSIA akhir - akhir ini memerlukan masakan yang cepat, ringkas tetapi berzat. Kini zaman serba moden dan masa sentiasa cepat berlalu membuatkan manusia sentiasa mengejar masa. Ungkapan “tidak cukup masa!” sering dijadikan alasan untuk tidak memasak. Bagi seorang yang berkerja pasti akan tertanya bagaimana untuk mendapatkan masakan yang enak dan cepat.

Buku berjudul Resipi 30 Minit Chef Kamarul menyediakan resipi-resepi masakan yang ringkas tetapi sedap, bermutu, pelbagai dan menarik. Semua resipi telah dimasak di dapur Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UITM oleh Chef Kamarul dan pembantu-pembantunya.

Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
Tip Menguruskan dapur
Rahsia Masak Ekspres
Keperluan Asas Dapur
Pesan Ibu Saya
Kesucian Makanan
Sukatan Metrik
Kenali Bahan Asas
Kenali Bahan Penambah Rasa

Kebanyakan Tukang masak atau chef kelihatan begitu cekap di
dapur, apa sahaja yang mereka masak nampak begitu cepat, mudah serta teratur. Namun di sebalik kecekapan mereka pasti ada rahsia di sebaliknya.

Dalam buku ini juga merungkai tentang rahsia masak ekspres antaranya
ialah :

Cuba rangka menu untuk seminggu bagi memudahkan kerja
Pilihlah menu yang bersesuaian
Cuba memasak serentak dengan dua hingga tiga dapur sekali gus
Pilih perkakas yang sesuai dan mencukupi
Pastikan anda membuat kerja yang dapat mengurangkan kerja-
kerja mengemas
Cuba masak secukupnya sahaja dan elakkan memasak berlebihan

Selain itu, terdapat juga ruangan ‘Pesan Ibu Saya’ yang mana di dalam Ruangan ini pengarang berkongsi beberapa petua yang beliau perolehi daripada pakar-pakar masakan, kawan-kawan, guru-guru serta ibunya sendiri. Antara Petua yang memasak yang terdapat didalam buku ini ialah:
Hilangkan lender ikan air tawar
Cara untuk mengurangkan lender pada ikan, siang ikan seperti biasa
kemudian ambil sedikit daun pisang dan masukkan kedalam bekas yang
berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air
hingga bersih. Lendir ikan itu akan terus hilang bersama air tadi.

Hindari Kumbang Beras
Untuk menghindari beras daripada kumbang beras, letakkan beberapa
tangkai cili kering di dalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut
hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Ini akan membuatkan kumbang
beras itu tidak selesa lalu keluar dari bekas beras tersebut.

Resipi - resipi yang terdapat didalam buku ini merangkumi semua
aspek menu seperti sarapan, snek, makan tengahari, minum petang, makan
malam, ‘ supper’, pemanis mulut dan minuman.

Contoh resipi yang terdapat di dalam buku ini:

i) Roti keju Berudang - 15 minit
ii) Makaroni Goreng Selera Timur - 30 minit
iii) Dendeng Daging Seberang - 30 minit
iv) Nasi Udang Galah Berempah - 30 minit
v) Lala masak masam manis - 10 minit
vi) Sup Sirip Yu dan Isi Ketam - 20 minit
Resepi yang terdapat didalam buku ini begitu ringkas tetapi sedap,
bermutu pelbagai serta menarik, selain itu turut dimuatkan juga adab-adab makan menurut islam dan doa-doa.

No comments:

Post a Comment