Monday, June 1, 2009

SIRI MULA BISNES PASAR MALAM


ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN NEGERI SABAH DALAM

KOLUM BAHASA MALAYSIA, HARIAN EXPRES

SIRI MULA BISNES PASAR MALAM

Siri Mula Bisnes Pasar Malam, Johar Seman, PTS Professional Publishing Sdn. Bhd , 130 Muka Surat

PENGULAS : NORISAH BINTI MOHD TALIP, PNS

BISNES Pasar malam merupakan perniagaan setempat, di mana dalam satu kawasan terdapat ramai peniaga-peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan. Pasar malam biasanya beroperasi daripada petang hingga ke malam.

Pasar malam juga dikenali sebagai pasar lambak, pekan sehari dan pekan hari bagi sesetengah tempat. Walaupun namanya berlainan namun konsepnya agak sama. Menjual pelbagai jenis barang dengan membuka payung, gerai, melonggok barangan dan sering berpindah dari satu tempat ke
satu tempat lain mengikut jadual yang ditetapkan

Perniagaan pasar malam sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja yang

berminat untuk berniaga. Modal permulaan tidak besar, tempat perniagaan

mudah perolehi malah peniaga tidak perlu risau berkenaan dengan

pelanggan. Cuma bagi peniaga baru, mereka perlu memikirkan apa yang

hendak dijual mengikut kehendak, modal, minat dan kemampuan masing-

masing.

Buku Siri Mula Bisnes pasar malam, memberi idea kepada mereka

yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan terutama perniagaan

pasar malam. Mereka boleh membuat penyelidikan dan memilih mana yang

sesuai dengan minat dan kemampuan sendiri bagi memulakan perniagaan

yang menguntungkan.

Buku ini menerangkan bagaimana cara memulakan bisnes dengan

cepat dan mudah, pengurusan untuk mendapatkan modal, mendaftarkan

perniagaan, lokasi, sumber bekalan, kemahiran, pemasaran, promosi serta

meletakan harga dan menyimpan rekod dan sebagainya.

Isi kandungan buku ini terbahagi kepada beberapa katergori iaitu :-

1. Pengenalan

2. Jenis Bisnes

3. Keperluan Asas

4. Modal, Pinjaman dan Kos

5. Pendaftaran

6. Lokasi

7. Sumber bekalan

8. Tenaga Kerja

9. Kemahiran

10. Sasaran Pelanggan

11. Harga Tawaran

12. Promosi dan Pemasaran

13. Organisasi berkaitan

14. Pengalaman Kisah Sebenar

Pelbagai bahan dapat dijual sama ada barangan yang sudah siap,

Barangan dapur, barang permainan, barang pertanian, hasil pertanian,

makanan siap, makanan mentah, buah-buahan, aksesori, pakaian, alat ganti

kenderaan, barangan terpakai dan sebagainya. Namun sebelum berniaga,

anda disyorkan menetapkan satu produk ataupun jenis barang yang hendak

dijual sebagai label atau trade mark. Biar orang mengenali anda dengan

produk itu. Ini memudahkan para pelanggan membeli apa yang dikehendaki

ditempat anda.

Sekiranya anda hendak menjalankan bisnes pasar malam, anda boleh

hubungi organisasi yang terlibat. Berikut adalah senarai organisasi yang

berkaitan dengan bisnes pasar malam:-

i) Pihak Berkuasa Tempatan

ii) Pejabat Pendaftran Perniagaan

iii) Jabatan Pengangkutan jalan dan Puspakom

iv) Majlis Amanah Rakyat (MARA)

v) Amanah Iktiar Malaysia

vi) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga(TEKUN)

vii) Bank Rakyat

viii) Bank-Bank Perdagangan

ix) FAMA

x) Jabatan perkhidmatan Haiwan

xi) Jabatan Agama Negeri ataupun JAKIM

xii) Pusat Kesihatan

Buku ini turut memuatkan informasi berkenaan keperluaan asas yang merangkumi kepada asas ilmu perniagaan, lesen perniagaan, persatuan pasar malam, pengangkutan dan peralatan, produk, tapak perniagaan, modal,
minat, kreatif dan kreatis, sanggup bersaing, masa, penyelidikan pasaran
berwawasan serta modal.

Semua perkara ini adalah amat penting bagi memulakan setiap perniagaan. Segala persiapan dan keperluan asas bisnes pasar malam perlu dipenuhi dan semua akan berjalan lancar dengan penuh yakin, tabah dan bersungguh.



No comments:

Post a Comment