Thursday, June 25, 2009
Video Sempena Perasmian Kempen Keluarga Bahagia
Majlis Kempen Keluarga Bahagia yang berlangsung 23 Mei 2009 merupakan anjuran dari Kementerian Pembangunan Hal Ehwal Pengguna. Jabatan ku juga terlibat giat juga dalam merealisasikan majlis tersebut. aku dan geng2 PNS menyediakan pelbagai aktiviti PNS, iaitu 'Fun games'. pelbagai games yang kami sediakan iaitu Putaran Ilmu, Spelling Bee, Sahibba, mewarna, Snake n ladder, Mari membaca (boleh dapat buku free!!), puppet, pendaftaran keahlian library secara percuma, persembahan badut, menari chicken dance!! dan sbgnya.
mmg best gila apabila melihat ramai pengunjung yang dtg ke tempat kami, kanak-kanak bersama keluarga begitu ceria apabila dapat bermain games bersama keluarga mereka. selain itu kami turut memberi goodies PNS untuk di jadika kenangan kepada setiap pengunjung kami.walaupn agak penat bertungkus lumus membuat persiapan sebelum aktiviti ini berlangsung, namun setelah melihat sokongan dari pihak pengunjung, perasaan penat hilang dan hanya disulami perasaan gembira, segala usaha kami berjaya!!
Wednesday, June 17, 2009
gambar petandingan bercerita
Peserta Pertandingan Bercerita
Kepada semua peserta Pertandingan bercerita sempena Kempen Keluarga Bahagia, Terima kasih atas penyertaan anda dan sokongan anda. kepada pemenang tahniah di ucapkan. tidak lupa juga kepada semua sekolah-sekolah yang terlibat
Penghargaan kepada :
Katergori A (Sekolah Rendah)
Avril Lim Shu Ting (SJK[C] ST.JAMES LIKAS) - Johan
Noorqhaleysha Aleya (SK LUYANG) - Naib Johan
JC. Jcy Jaimon (SK LUYANG) - Tempat ke-3
Mohammad Ozaniezie bin Onasis (SK TANJUNG ARU) - Saguhati
Katergori B (Sekolah Menengah)
Mohd Redzuan Iman Talip (SM ALL SAINTS) - Johan
Khairani bte Ahu @ Roslan (SM SANZAC) - Naib Johan
Sahara bte Habil (SMK LIKAS) - Tempat ke-3
Nur Jannah Binti Mohd Firdaus (SEKOLAH TINGGI K KINABALU) - Saguhati
Katergori C (OKU)
Sekolah rendah
Eddy Tan Jian Rong (SK BUKIT PADANG) - Johan
Dominic Surin Yunggar (SK BUKIT PADANG) - Naib Johan
Oliver Fredrico Felix (SK KOLOMBONG) - Tempat ke-3
Emelda Florina Paitin (SK BUKIT PADANG) - Saguhati
Hamida Ali Sutra (SK KOLOMBONG) - Saguhati
Katergori C (OKU)
Sekolah Menengah
Harziah bt Khalid Yunus (SMK BADIN TUARAN) - Johan
Pricard Nelson Patrick (SMK BADIN TUARAN) - Nain Johan
Katergori B.Inggeris
Sekolah Menengah
Reagan Anthony Thinsiong (SEKOLAH TINGGI K.K) - Johan
Katergori B.Inggeris
Sekolah Rendah
Crystal Anthony Thinsiong (SJK [C] SHAN TAO) - Johan
Amir bin Anvar (SRK S.T AGNES) -Naib Johan
Mohd Irfan Elahee -Tempat ke-3
Mohd Irshad - Saguhati
Katergori F (terbuka)
Puan Kahilin Helena Tulas - Johan
En. Jobberito James Ambai - Naib Johan
Tuesday, June 16, 2009
RESIPI 30 MINIT CHEF KAMARUL
Pengarang: Chef Kamarul
Penerbit: PTS Telaga Biru Sdn Bhd
Pengulas :Norisah binti Mohd. Talip
RESIPI 30 MINIT CHEF KAMARUL
MANUSIA akhir - akhir ini memerlukan masakan yang cepat, ringkas tetapi berzat. Kini zaman serba moden dan masa sentiasa cepat berlalu membuatkan manusia sentiasa mengejar masa. Ungkapan “tidak cukup masa!” sering dijadikan alasan untuk tidak memasak. Bagi seorang yang berkerja pasti akan tertanya bagaimana untuk mendapatkan masakan yang enak dan cepat.
Buku berjudul Resipi 30 Minit Chef Kamarul menyediakan resipi-resepi masakan yang ringkas tetapi sedap, bermutu, pelbagai dan menarik. Semua resipi telah dimasak di dapur Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UITM oleh Chef Kamarul dan pembantu-pembantunya.
Buku ini terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
Tip Menguruskan dapur
Rahsia Masak Ekspres
Keperluan Asas Dapur
Pesan Ibu Saya
Kesucian Makanan
Sukatan Metrik
Kenali Bahan Asas
Kenali Bahan Penambah Rasa
Kebanyakan Tukang masak atau chef kelihatan begitu cekap di
dapur, apa sahaja yang mereka masak nampak begitu cepat, mudah serta teratur. Namun di sebalik kecekapan mereka pasti ada rahsia di sebaliknya.
Dalam buku ini juga merungkai tentang rahsia masak ekspres antaranya
ialah :
Cuba rangka menu untuk seminggu bagi memudahkan kerja
Pilihlah menu yang bersesuaian
Cuba memasak serentak dengan dua hingga tiga dapur sekali gus
Pilih perkakas yang sesuai dan mencukupi
Pastikan anda membuat kerja yang dapat mengurangkan kerja-
kerja mengemas
Cuba masak secukupnya sahaja dan elakkan memasak berlebihan
Selain itu, terdapat juga ruangan ‘Pesan Ibu Saya’ yang mana di dalam Ruangan ini pengarang berkongsi beberapa petua yang beliau perolehi daripada pakar-pakar masakan, kawan-kawan, guru-guru serta ibunya sendiri. Antara Petua yang memasak yang terdapat didalam buku ini ialah:
Hilangkan lender ikan air tawar
Cara untuk mengurangkan lender pada ikan, siang ikan seperti biasa
kemudian ambil sedikit daun pisang dan masukkan kedalam bekas yang
berisi ikan yang telah disiang. Lalu ramas dan cuci ikan dengan air
hingga bersih. Lendir ikan itu akan terus hilang bersama air tadi.
Hindari Kumbang Beras
Untuk menghindari beras daripada kumbang beras, letakkan beberapa
tangkai cili kering di dalam tempat menyimpan beras. Cili kering tersebut
hendaklah ditimbus ke dalam beras tadi. Ini akan membuatkan kumbang
beras itu tidak selesa lalu keluar dari bekas beras tersebut.
Resipi - resipi yang terdapat didalam buku ini merangkumi semua
aspek menu seperti sarapan, snek, makan tengahari, minum petang, makan
malam, ‘ supper’, pemanis mulut dan minuman.
Contoh resipi yang terdapat di dalam buku ini:
i) Roti keju Berudang - 15 minit
ii) Makaroni Goreng Selera Timur - 30 minit
iii) Dendeng Daging Seberang - 30 minit
iv) Nasi Udang Galah Berempah - 30 minit
v) Lala masak masam manis - 10 minit
vi) Sup Sirip Yu dan Isi Ketam - 20 minit
Resepi yang terdapat didalam buku ini begitu ringkas tetapi sedap,
bermutu pelbagai serta menarik, selain itu turut dimuatkan juga adab-adab makan menurut islam dan doa-doa.
Monday, June 1, 2009
SIRI MULA BISNES PASAR MALAM
ULASAN BUKU PERPUSTAKAAN NEGERI
KOLUM BAHASA
PENGULAS : NORISAH BINTI MOHD TALIP, PNS
BISNES Pasar malam merupakan perniagaan setempat, di mana dalam satu kawasan terdapat ramai peniaga-peniaga yang menjual pelbagai jenis barangan.
Pasar malam juga dikenali sebagai pasar lambak, pekan sehari dan pekan hari bagi sesetengah tempat. Walaupun namanya berlainan namun konsepnya agak sama. Menjual pelbagai jenis barang dengan membuka payung, gerai, melonggok barangan dan sering berpindah dari satu tempat ke
satu tempat lain mengikut jadual yang ditetapkan
Perniagaan pasar malam sesuai dilakukan oleh sesiapa sahaja yang
Buku Siri Mula Bisnes pasar malam, memberi idea kepada mereka
Buku ini menerangkan bagaimana cara memulakan bisnes dengan
Isi kandungan buku ini terbahagi kepada beberapa katergori iaitu :-
1. Pengenalan
2. Jenis Bisnes
3. Keperluan Asas
4. Modal, Pinjaman dan
5. Pendaftaran
6. Lokasi
7. Sumber bekalan
8. Tenaga Kerja
9. Kemahiran
10. Sasaran Pelanggan
11. Harga Tawaran
12. Promosi dan Pemasaran
13. Organisasi berkaitan
14. Pengalaman Kisah Sebenar
Pelbagai bahan dapat dijual sama ada barangan yang sudah siap,
Barangan dapur, barang permainan, barang pertanian, hasil pertanian,
makanan siap, makanan mentah, buah-buahan, aksesori, pakaian, alat ganti
kenderaan, barangan terpakai dan sebagainya. Namun sebelum berniaga,
anda disyorkan menetapkan satu produk ataupun jenis barang yang hendak
dijual sebagai label atau trade mark. Biar orang mengenali anda dengan
produk itu. Ini memudahkan para pelanggan membeli apa yang dikehendaki
ditempat anda.
Sekiranya anda hendak menjalankan bisnes pasar malam, anda boleh
hubungi organisasi yang terlibat. Berikut adalah senarai organisasi yang
berkaitan dengan bisnes pasar malam:-
i) Pihak Berkuasa Tempatan
ii) Pejabat Pendaftran Perniagaan
iii) Jabatan Pengangkutan jalan dan Puspakom
iv) Majlis Amanah Rakyat (MARA)
v) Amanah Iktiar
vi) Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga(TEKUN)
vii) Bank Rakyat
viii) Bank-Bank Perdagangan
ix) FAMA
x) Jabatan perkhidmatan Haiwan
xi) Jabatan Agama Negeri ataupun JAKIM
xii) Pusat Kesihatan
Buku ini turut memuatkan informasi berkenaan keperluaan asas yang merangkumi kepada asas ilmu perniagaan, lesen perniagaan, persatuan pasar malam, pengangkutan dan peralatan, produk, tapak perniagaan, modal,
minat, kreatif dan kreatis, sanggup bersaing, masa, penyelidikan pasaran
berwawasan serta modal.
Semua perkara ini adalah amat penting bagi memulakan setiap perniagaan. Segala persiapan dan keperluan asas bisnes pasar malam perlu dipenuhi dan semua akan berjalan lancar dengan penuh yakin, tabah dan bersungguh.